Saya baru post ayat di atas pada wall facebook saya. Bukan apa saja nak kongsi pada rakan-rakan facebook. Semua orang dah tahu sebanarnya, banyak kali jugak dia gagal, oh bukan, kata Thomas Edison dia bukan gagal, tapi dia mendapat jawapan dan jalan sebanyak 50,000 kali untuk beliau berjaya mencipta mentol lampu. Hmmee.. aku pun tak pernah lagi sampai 10,000 kali. Kalau nak di kirakan baru puluhan atau ratusan kali je..
Ini bermakna masih ada peluang lagi la.. Sebenarnya aku bukan nak suruh kita bangga dan tengok atau dengar saja cerita macam tu.. sebenarnya aku nak kita berfikir dan ikut konsep beliau bekerja. Sebanyak mana pun dia buat percubaan, beliau tak pernah putus asa dan beralih arah. Ya sekarang ni mana orang nak cipta mentol lampu lagi.. semua mudah, pi kedai atau pusat beli belah dah dapat apa barang yang kita nak. Tak perlu lagi nak cipta barang keperluan lagi sebab semua dah ada depan mata.
OK, sekali lagi aku katakan kita kena ikut konsep dia bekerja. Fokus pada satu bidang sahaja, sebagai contoh aku letakkan aku sendiri. Aku kena fokus kerja apa yang aku minat.. dan bagi tumpuan sepenuhnya, cuba buat yang terbaik, jika ada kesilapan dan gagal, aku kena belajar dari situ. Kata orang ni ada yang betul ada juga yang tak betul.. kalau semua nak dengar pendapat orang, semua nak kena terima cadangan orang, nak kena ikut cara orang dan apa saja kena tanya orang dulu, keputusan di tangan orang... maka susahlah hidup kita ni.. yang nak tanggungnya kita.. buka nya orang.
Apa pun keputusan kita sendiri yang pilih, jangan perjudikan nasib kita di tangan orang lain seperti keluarga, jiran, kawan dan sebagainya. Pendapat mereka patut kita dengar, cuma keputusan sahaja di tangan kita.
Kita bukan gagal, tapi sebenarnya mendapat jawapan untuk menjadi berjaya, jawapan yang kecewa yang boleh kita menangis kerana apa yang kita nak tak dapat, kita jadikan ia sebagai satu jawapan kenapa kita tak dapat untuk kali ini. Seterusnya kita usaha lagi, walaupun ada yang menyuruh kita berhenti, takut kita gagal dan kecewa lagi. Kita dengar dan belajar dari komen orang lain, bukan kita terus ikut apa yang di katakan.
" Kau ni dah gila ke? dah banyak kali aku kata, tak akan berjaya kalau kau teruskan.. hhuu..degil dan gila sungguh kau ni"
Kalau dia ada pendapat, kita dengar dulu, ambil yang baik je.. yang bakinya tak payah.
Baiki diri kita dengan kelamahan yang kita dapat. Dah berpuluh kali aku gagal untuk capai matlamat aku.. tanpa aku sedar, matlamat aku selalu berubah-ubah rupanya. Aku asyik nak ambil jalan mudah je.. bila tak dapat, aku letak ia sebagai gagal, lepas tu, buat yang lain pulak.
Penah aku rasa rugi buang masa dan letih sangat dah, perasaan malas pun datang, kecewa dan putus asa. Keyakinan pun hilang dan terus tinggalkan apa yang aku cari, pergi kerja dengan orang, ikut apa saja kemahuan orang akhir sekali jiwa aku kecewa jua. Aku tak dapat terima apa yang aku sendiri kata tak betul, aku kena buat juga walaupun pekara tu tak berfaedah. STOP!!
Semua tu jadi pengalaman yang berguna pada aku, bila aku muhasabah diri, aku sedar pentingnya pekara-pekara macam tu berlaku pada aku. Sedikit pun aku rasa tak menyesal. Sekarang aku dah boleh berdikari dan tumpukan pada matlamat aku. Ini kerana tuhan dah beri aku jalan yang betul dan lurus untuk aku tempuhi.
Fokus pada satu bidang seperti bidang yang aku sangat minat iaitu bidang ICT dan Inovasi. Oleh itu aku memberi tumpuan yang sepenuhnya pada bidang itu sahaja. Aku mahir dan sudah di gelar Pakar Teknologi. Walaubagaimana pun sasaran aku untuk terus berjaya masih lagi dalam perjalanan, banyak teknik yang aku dah dapat. Banyak masalah dapat aku selesaikan.


Ya sampai di sini dahulu untuk kali ini, moga post kali ini beri sedikit sebanyak motivasi kepada anda.. aku harap semua pembaca blog Teknik Niaga Digital ni tak akan marah dan terus marah pada diri sendiri.. pujuk lah hati anda, kemudian naik lah kembali untuk berjuang.
sekian terima kasih..
iklas dari saya
aznan haji hamad.