Lebih dari seminggu saya tak menulis dib log ini, bukan tak nak tulis, tapi ada masalah besar yang terpaksa di tanggung, 3G Celcom ada masalah, langsung tak dapat nak upload dan download apa pun, entah lah dah masuk minggu ke 5 ni, saya terpaksa ke CyberCafe yang berhampiran. Itu pun terpaksa berebut dengan budak-budak yang dah cuti sekolah datang ke CyberCafe ni. Nak main game, tengok Youtube dan update Facebook. Itu je kerja dia orang, yang paling tak tahannya, mereka ni suka menjerit-jerit, riuh rendah jadinya. Fokus terus hilang bila keadaan semakin tegang. Kesian..
Baiklah, saya nak teruskan berkongsi ilmu dengan anda lagi. Kali ini saya nak fokuskan tentang Blog. Semua orang kebanyakkannya dah tahu fungsi sebenarnya blog. Mereka membina blog peribadi, perniagaan, hobi dan sebagainya. Dengan adanya blog, mereka tak perlu lagi bersusah payah berjumpa dengan seseorang itu dan menerangkan sesuatu pekara berulang-ulang kali pada individu-individu yang lain atau pun masih yang sama. Buat penat je, buang minyak, masa dan tenaga, jika kita dua tiga kali terpaksa kita buat pergi dan berjumpa bercerita benda yang sama berulang-ulang. Jadi ini lah sebahagian satu kaedah yang tepat patut anda lakukan iaitu membina blog anda sendiri.
Blog yang selalu di kemaskini selalu serta di promosikan pada semua rakan-rakan contohnya di Facebook, Youtube dan sebagainya, akan mendapat pengunjung yang tinggi serta komen yang banyak, ini adalah salah satu fenomena yang cukup baik. Saya sarankan pada anda menulis sendiri secara santai, dengan memberi maklumat yang menarik dan info penting. Sebagai contoh cari lah isu yang sedang hangat di perkatakan sekarang terutamanya di sekeliling anda. Isu-isu yang panas, serta bahan-bahan ilmu yang berguna boleh menjadi bahan penulisan blog anda. Ikut minat anda lah. Jangan main bedal je.. Sebagai contoh terdekat, blog saya ni, saya selalu bincangkan tajuk-tajuk berteraskan motivasi diri, saya juga selitkan pendapat serta cadangan yang membina. Saya juga masih belajar seperti anda, mencari ilmu ni di tuntut. Semua kajian yang telah saya buat, setelah di tapis dan di edit sedikit, saya akan masukkan kedalam blog ini. Jika anda seorang Pakar Blog, anda juga boleh membaca blog ini, jika anda baru dalam penulisan blog, anda juga layak membaca blog ini.
Blog yang mempunyai pengunjung yang ramai adalah blog yang mempunyai peluang yang sangat cerah. Satu contoh saya berikan, Jika pemilik blog ini inginkan mencari pendapatan tambahan, ia boleh buka ruangan beriklan, ambil sewa ruangan iklan. RM 20. satu ruang. Jika ada 5 ruang , dan di sewa pula kesemuanya, secara keseluruhan pendapatan anda adalah RM100. sebulan dari satu blog sahaja. Mudah bukan? Jadi inilah salah satu kelebihan blog pada anda. Secara tiorinya jika satu blog menghasilkan RM100. 10 blog akan menghasilkan pendapatan RM1000. sebulan. Cukup tak hanya kerja part time je. Kerja cuma dua tiga jam je sehari, update blog selalu. Berikut langkah-langkah yang patut anda buat untuk buat duit dengan blog:
- Bina Blog Anda ( Dapatkan panduan buat blog dari saya )
- Cari isi penting, ikut tema anda. ( Topik yang menarik )
- Promosi besar-besaran ( saya guna Facebook )
- Buka ruangan iklan ( jangan banyak sangat, 5 dah cukup)
- Ada akaun bank online ( banyak sekarang bank dah ada )
Itulah serba sedikit panduan yang saya sempat kongsikan bersama anda, saya berharap anda pembaca blog ini berpuas hati dengan maklumat yang saya berikan ini. Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan membina blog yang boleh memberi pendapatan kepada anda, sila klik link di bawah ini:
Sekian untuk kali ini ya, moga jumpa lagi.
Terima kasih.




