Pada kes yang kedua ni, saya berjumpa la dengan seorang usahawan, ni jugak pertama kali saya kenal dia..MR.M (bukan nama sebenar), lebih kurang 30 minit saya berbual dan mendengar apa yang dia cerita, biasa la usahawan, saya terus ajukan satu soalan padanya "Tuan MR.M, saya nak bertanya, ini mungkin boleh jadi ilmu buat saya dan pembaca blog dan rakan FB saya, begini, Jikalaulah Syarikat MR.M ni ada menghadapi masalah, contohnya tender tuan terpaksa di tamat pada bulan hadapan, apa kah persediaan MR.M untuk teruskan kerjaya sebagai usahawan ni, apa yang akan belaku pada syarikat ni?
Dia dengan pantasnya menjawab "ooo..tak jadi masalah, saya dah sedia dengan semua tu, kalau terpaksa berhenti kerja2 tender tu..saya akan buat plan B, dimana saya mempunyai sedikit wang simpanan di akaun FD di sebuah bank tempatan, saya juga telah membeli beberapa ekar tanah dan saya juga ada membeli sebuah rumah kos sederhana di satu tempat yang berhampiran dengan kawasan industri dan bandar. Mungkin saya buat kebun, tanam sayur ke..sy gunakan FD sebagai jaminan untuk mendapatkan modal permulaan..rumah tu saya dah sewakan pada seorang guru, RM450. sebulan, tu je yang mampu saya buat pada peringkat awal.Emmm...bagus jugak tu cara dia susun perjalanan hidup dia.
Ketiga dan terakhir untuk kali ni..saya berjumpa dengan seorang sahabat yang lebih kurang setahun kami kenal. Dia bekerja di sebuah syarikat, Tuan B (bukan nama sebenar), kerja dah lebih lima tahun, dah ada anak 4 orang, isteri surirumah, anak semua masih sekolah..seorang kat sekolah asrama penuh..Tuan B ni saya kenal di Internet, selalu jugak di Mudah.my. Pada mulanya kita borak pasal Mudah.my la..kat sebuah warong lepas waktu kerja..di pendekkan cerita lebih kurang 1 jam jugak la..saya pun bertanya" Tuan B, kalau aku tanya jangan marah ya..haha. Macam ni, kalau lah hang terpaksa berhenti kerja, apa yang Tuan B akan buat?" .Dia diam je..2 minit pastu dia pun jawab.." sebelum aku dapat kerja lain atau ada mana2 peluang, aku buat dulu bisnes sambilan aku di mudah.my..aku jugak boleh repair komputer, aku jugak tahu buat wirering rumah, jadi aku buat dulu kerja2 macam tu..memanglah macam takda jaminan..tak selalu orang nak repair komputer, hang pun taukan? dan tak selalu ada orang nak buat wirering rumah. Dengan apa yang aku ada, aku akan buat jugak dengan apa cara sekali pun, aku kena ada displin dalam diri, buat kerja sendiri pun macam kerja dengan orang jugak..aku ada tanggungjawab yang besar, aku mesti ada sebulan dalam RM1k, untuk selesai bayaran bulanan aku. Jadi kesimpulannya , aku kena terus bekerja dengan kemahiran yang aku ada." ehhhmm hebat. Saya kagum dengan apa yang di perkatakannya itu.
Di sini saya paparkan tiga kes yang berbeza, mereka bukan seorang jutawan, mereka juga bukan orang yang kaya. Mereka hanya insan yang menjadi pelangkap cerita mata masyarakat. Mereka dapat menjadi contoh dan teladan pada anda pembaca blog ini. Terpulanglah pada anda untuk menilainya. Minda Wang yang saya maksudkan di sini dah saya nyatakan seperti di atas. Anda ada jawapannya.
Jangan lupa pada post yang akan datang, ada lagi cerita merarik di sepanjang kajian saya. Terus setia bersama Blog Teknik Niaga Digital dari Xnan Marketing. Sekian Jumpa Lagi..
No comments:
Post a Comment