Monday, November 8, 2010

Kajian Minda Wang Di teruskan untuk peringkat ke dua.



Kajian kali ini di lakukan di sebuah bandar, Pusat Bandar Parit Buntar Perak. Pagi- pagi saya dah gerak ke Parit Buntar, bermula di sebuah Bank tempatan. Saya hanya melihat riaksi orang ramai yang berselang-seli masuk ke bank atas urusan tertentu, ehmm..termasuk saya lah jugak, bayar bulanan kereta la.. Dalam kes yang pertama ini, saya dapati ada jugak yang sibuk nak apply loan , pinjaman peribadi rupanya, saya cuba dekatkan diri dengan beberapa orang yang bediri di hadapan satu kaunter pertanyaan dalam bank tersebut. Oh ya, pinjaman peribadi untuk pelbagai guna. Ada yang nak ambil cuma RM5000. dan ada yang nak ambil RM2000. saja. Kenapa sikit sangat? Kalau dah peribadi, tak berani lah saya nak tanya, lagi pun dalam bank. Tak pasal kena marah, di halau pengawal baru tau. Saya terus keluar dari situ dan bediri di sebelah kereta sambil memerhatikan iklan yang di pasang pada dinding bank tersebut. "RM100,000.00 layak meminjam" (ayat saya ubah sikit) banyaknya kita boleh pinjam, siap boleh potong gaji lagi, pelik jugak kenapa nak pinjam RM2000. je, gaji dia sikit ke, atau dah banyak kali sangat dia pinjam. Entah lah..

Saya ingat pada bulan lepas sewaktu saya ke sebuah bank tempatan juga atas urusan masuk wang tunai untuk seseorang ( bayar komisyen la tu), saya di tanya oleh seorang kerani bank tersebut, tengok kad atas meja "marketing officer". Dia sempat promo satu pakej pinjaman, Pinjaman ASB, yup! menarik jugak, satu cabang pelaburan tu. Saya minta keterangan lanjut, dan terus keluar pergi dari situ. Berbalik cerita di sebuah bank pusat bandar tadi, jika pinjaman tersebut di buat untuk pelaburan maka untuk lah mereka, jika pinjam untuk selesaikan pekara2 penting seperti, anak sekolah, nak raya korban, nak perbaiki rumah, nak beli kereta, nak bayar hutang lain pun ada. Maka semua tu tidak mendatangkan hasil, maaf saya cakap, memang penting jika untuk anak sekolah, bayar itu ini, tapi anda perlu ingat, sebenarnya anda telah menambah hutang anda setiap hujung tahun.

Dahulunya memang itu lah sikap saya, selalu tambah hutang, nak buat macam mana, terpaksa. Bila di fikirkan memanglah cari beban, tapi terpaksa. Sebenarnya kita perlu rancang semua perbelanjaan kita dari peringkat awal tahun lagi. Kalau tak pandai, minta nasihat dari yang pakar,contoh terdekat pegawai bank tempat duit gaji kita masuk. Minta nasihat darinya, contohnya potongan gaji ke akaun simpanan lain seperti ASB atau Insuran dan sebagainya, yang mana kita boleh dapat pulangan keuntungan pada penghujung tahun atau awal tahunnya. Cakap pandainya saya ni.. saya pun sama. Tak ada ilmu tentang pengurusan kewangan.

Saya cadangkan jika ada satu tajuk untuk pendidikan dalam bidang kewangan contohnya di sekolah, alang kah bagusnya, dapatlah di kurangkan jumlah orang yang bankrup. Hanya satu cadangan, anda cuba fikirkan.

Kes kedua, waktu saya nak makan bersama rakan saya, sementara nak tunggu rakan saya keluar dari kedai makan tadi, saya nampak ada sebuah kedai menjual lampu hiasan. Hebatnya kedai tu.. banyak lampu yang cantik-cantik, tapi tak nampak pulak pelanggannya. Rugi lah kalau dah niaga tak ada orang nak datang. Kalau datang pun, tengok-tengok je.

Bila lama saya perhatikan saya terfikir jika saya buka kedai, saya mesti buka kedai yang saya minat, kedai komputer la.. Saya buat perkhidmatan jual komputer lama dan baru, servis komputer, reformat dan peralatan lain. Persoalanya, ada ke pelanggan nak datang?

Saya yang boleh dikatakan mahir dalam komputer akan buat promo besar-besaran, saya juga akan pergi ke sekolah-sekolah yang berhampiran untuk memberitahu yang kedai saya ada menyediakan perkhidmatan membaiki komputer. Saya juga akan promosi di dalam internet, majalah dan akhbar. Cetak flyes banyak-banyak dan edarkan di taman-taman perumahan. Naik pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Apa saja semuanya dengan lakukan promosi besar-besaran dan habis-habisan, kasi semua orang tau yang saya ada buka kedai komputer. Paling penting pelanggan yang memang guna komputer hari-hari setiap jam dan masa. Nak promo pun tengok tempat la jugak, takkan nak promo n jual PC di Market Ikan, tepi jalan raya, hentian lebuh raya, depan warung dalam kampung atau dalam masjid. Memang boleh, tapi tak berapa tepatlah. Kita kena promo pada tempat yang betul seperti pusat membeli belah, ekois dan laman web seperti mudah.my( tak perlu kedai pun).

Berbalik cerita kedai lampu tadi, ternyatalah itu bukan bidang kemahiran saya, malah saya tak pernah terbayang atau terfikir nak buka kedai lampu hiasan macam tu hebat. Seperti cerita saya dan kedai komputer, Pemilik kedai tersebut amat mahir dalam teknologi lampu hiasan, beliau tahu di mana nak jual. Kedainya di jadikan sebagai tempat untuk menyimpan stok dan pameran sahaja. Di mana nak jual, dia saja yang tahu. Kita hanya mampu tersenyum dan lihat saja bila tengok lampu-lampu hiasan tersebut harganya memang mahal dan cantik pulak tu. Huhu.. kata perpatah melayu ada menyatakan hanya jauhari mengenal manikam. Bagi saya yang tak lah tahu sangat pasal lampu hiasan ni pun tertarik bila tengok set lampu tidur yang di pamerkan. Memang cantik, kalau mampu beli dah lama saya beli.

Apa yang kita dapat dari dua cerita diatas? kalau ianya positifkan anda bagus lah, kalau negetif, apakan daya. Sedikit sebanyak saya nak kongsikan pada anda apa itu Minda Wang. Saya berharap ia dapat membantu anda..ok, sampai sini dulu pada post kali ini, jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment