
Saya rasa tak minat pila nak jawab persoalan tu kerana semua dah tahu jawapannya. Akan tetapi saya cuma nak kongsi cerita pada anda semua. Ini mungkin ada kena mengena dengan tajuk di atas.
Semalam saya ke Seberang Perai,Penang atas tujuan untuk pulang sekejab tengok mak dan abah saya. Dah masuk sebulan saya tak balik, ada perubahanlah pada beberapa tempat sekitar tempat kelahiran saya, yang ketaranya dia orang dah bina jalan baru untuk jentera mesin padi..saya ambil kesempatan berbual dengan abah, dia ada cerita tentang seorang jiran yang tinggal berdekatan rumah kami, maaf kerana tak dapat nak tuliskan di sini, akan tetapi tajuk yang kami bincangkan adalah mengenai sikap jiran yang tak tahu nak menjaga hati dan hak jiran lain. Jika bercakap ikut suka hati je.. main badal saja, panas jugak saya bila dengar, senang jatuhkan hukum halal atau haram pendapatan orang tu. Pada halnya tak ada bukti yang kukuh.
Saya faham apa yang di maksudkan oleh jiran saya tu, beliau nak buktikan yang dia pandai dalam hal sebegitu, padahal bodoh dan sombong, ilmu yang ada pun tak lah setinggi mana, malaslah saya nak cerita, ringkasnya dia tak berpelajaran tinggi.. sempat juga dia cuba menipu keluarga saya yang mereka ni adalah golongan yang berjaya dalam hidup. haha.. Tak apalah dia orang nak kata apa pun, yang penting kita tahu kedudukan kita.
Itulah sebahagian cerita yang ingin saya sampaikan.. kesimpulannya, kita perlu ubah sikap kita dari buruk sangka pada orang lain kepada bersangka baik pada semua orang. Cuba lihat kelamahan kita dulu sebelum lihat dan komen kelemahan kita, jika nak komen orang lain pun, guna lah bahasa yang baik, seperti kata-kata memuji atau mengambil berat pada seseorang itu.
Ini lah beberapa kelemahan yang kecil yang boleh mengakibatkan berlakunya kerosakan pada sesuatu organisasi tu. Kita sememangnya harus bersedia di kritik atau di caci, kita harus berfikir secara resional untuk buat keputusan. Mudah menjadikan perniagaan itu maju dah kukuh hanya dengan menjaga keharmonian dalam hidup, ingat jangan kita merosakkan hati orng lain, kita kena berfikir pada segala tindakan kita.
Moga kita berjaya dalam kerjaya..
No comments:
Post a Comment